Saturday, February 4, 2023
Home TOP Jangan Menangis! Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran & Teknikal...

Jangan Menangis! Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran & Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes”

Jangan Menangis! Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran & Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes”. Jangan sesekali berputus asa untuk mengejar impian sambung belajar ke kursus yang diminati jika tidak berjaya ditawarkan ke universiti awam.

Mak-mak dan anak-anak lepasan SPM yang tidak dapat tawaran sambung belajar ke universiti awam janganlah kecewa. Sebenarnya banyak peluang untuk anak-anak anda teruskan pembelajaran.

Banyak lagi alternatif lain sebenarnya selain dapat tawaran UPU.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jangan Menangis! Tak Dapat Masuk Universiti

Menerusi perkongsian Pensyarah English di Majlis Amanah Rakyat, IKM, Puan Nor Shazwani Shamshudin menerusi perkongsian di Facebook memberi pencerahan tentang peluang pengajian di bawah MARA.

Rupanya MARA menyediakan peluang pendidikan dari peringkat menengah sehinggalah PHD.

Penjelasan dari Puan Nor Shazwani mampu memberi input dan info berguna buat mak-mak di luar sana untuk pengajian anak-anak anda. Malah MARA juga merupakan ‘pembekal’ tenaga kerja kompeten di pelbagai industri.

Jangan Menangis!  Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran &  Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes”

“Sebenarnya saya tak jangka komen dan posting berkenaan anak penyanyi Nora menjadi viral di FB.

“Saya telah menulis tentang TVET MARA sejak beberapa tahun yang lalu, dan jarang yang viral. Nak dapat 20 like pun susah sebenarnya.

“Saya sekadar berkongsi dengan ibu bapa atau calon pelajar yang sedang mencari maklumat untuk menyambung pengajian selepas SPM.

“Dan rupanya ramai tidak tahu tentang peluang pengajian di bawah MARA”. MARA menyediakan peluang pendidikan dari peringkat menengah sehinggalah PHD.

“Meh saya kongsikan.

“Semua sudah maklum, institusi pendidikan MARA paling popular mestilah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Selain itu kami ada Giat MARA, ada Institut Kemahiran MARA (IKM), ada Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), ada Kolej Profesional MARA (KPM) dan ada Kolej MARA (KM).

“Untuk cabang swasta pula kami ada Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), GMI, dan juga Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Hari ini saya kongsikan tentang Giat MARA, IKM dan KKTM ya, Institusi pengajian kemahiran dan teknikal yang sekian lama wujud dan menjadi ‘pembekal’ tenaga kerja kompeten di pelbagai industri.

“Saya cuba terangkan dalam bahasa yang paling mudah supaya senang faham.

Baca Disini ; “Penat Belajar Universiti Kerja Gaji RM2,000, Lebih Baik Jadi Content Creator TikTok!”

Gagal Tak Bermakna Masa Depan Gelap “Tak Ada Anak Dapat Straight A SPM Tapi ‘Dean List’ Pengajian Di Universiti”

Jangan Menangis!  Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran &  Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes”

1️⃣Giat MARA

Ini macam adik bongsu kami lah.

✅ Ada di setiap kawasan parlimen

✅ Calon perlu menguasai asas membaca, menulis dan ada minat

✅ Tempoh latihan 6- 12 bulan

✅ Pemohon perlu berusia 15 tahun ke atas

✅ Latihan ditanggung MARA dan pelatih menerima elaun bulanan

✅ Fokus kepada bidang kemahiran, tidak perlu belajar subjek Pengajian Am (Matematik, Bahasa Inggeris dan sebagainya)

✅ Menerima sijil Giat MARA dan SKM tahap 2 dan 3

✅ Tamat belajar boleh terus bekerja, berbisnes atau sambung ke IKM untuk SKM tahap 3 dan seterusnya

“So, Giat MARA ini untuk yang tercicir akademik ya!

“Tidak semestinya‼️

“Ramai pelatih Giat MARA mempunyai keputusan SPM yang baik. Mereka masuk ke sana kerana berminat dengan kursus yang ditawarkan.

“Giat MARA adalah untuk yang berminat dengan kemahiran dan mahu berusaha dari bawah.

“Boleh google ya giatmara

2️⃣ IKM

✅ Ada di hampir semua negeri

✅ Fokus kepada peringkat sijil, tetapi di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dan beberapa pusat lain lagi ada program sijil dan diploma

✅ Wajib lulus SPM- Syarat akademik lain bergantung kepada keperluan program

✅ Had umur memohon 40 tahun

✅ Tempoh pengajian 2- 3 tahun

✅ Yuran pengajian ditanggung MARA (ada bayaran dikenakan sewaktu pendaftaran) dan pelajar menerima elaun bulanan

✅ Belajar subjek teknikal dan Pengajian Am (akademik)

✅ Graduan menerima sijil/ diploma IKM dan SKM tahap 2 atau 3 (ikut program), DKM 4 atau DLKM 5 untuk program diploma serta ada pengiktirafan MQA/ ETAC. Ada program mendapat pentauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sebagainya (mengikut program).

✅ Tamat belajar boleh terus bekerja, berbisnes atau sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.”

Boleh ke KKTM, UniKL atau IPTA/ IPTS dan pusat kemahiran lain

“IKM ni untuk orang lemah akademik ke⁉️

“Takkk‼️

“IKM untuk individu yang sudah merancang dan nampak masa depannya dalam bidang teknikal.

“Sekarang semakin ramai lepasan sekolah sains, MRSM, sekolah kawalan dan ada juga dari MTD belajar di IKM JB.

“Dia tahu apa dia nak jadi 3,4 tahun akan datang.

3️⃣ KKTM/ JJII

✅ Fokus kepada program diploma sahaja

✅ Program yang tidak ditawarkan di IKM ada ditawarkan di KKTM. Contoh bidang fesyen, rekaan dalaman dan sebagainya.

✅ Tamat di KKTM pelajar boleh sambung ke peringkat ijazah di IPTA/ IPTS. Ramai juga pelajar yang cemerlang dihantar ke luar negara

* Ciri-ciri lain sama dengan IKM

Nota: Giat MARA adalah feeder kepada IKM” kongsi Puan Nor Shazwani.

Jangan Menangis!  Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran &  Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes”

“Berharap Anak Dapat Capai Impian Sambung Belajar” Komen Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang memuji dan berterima kasih atas info yang bermanfaat.

Jangan Menangis!  Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran &  Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes” Jangan Menangis!  Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran &  Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes” Jangan Menangis!  Tak Dapat Masuk Universiti, Institusi Pengajian Kemahiran &  Teknikal Ada “Tamat Belajar Terus Bekerja, Berbisnes”

Mingguan Wanita: Semoga anak-anak kita terpelihara dan dapat melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

Sumber / Sumber Foto : Facebook Shazwani Shamsudin

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

RELATED ARTICLES

Real Madrid vs Girona Football Prediction 30 October 2022 Accurate

Real Madrid Vs Girona Football Prediction October 30, 2022 Accurate And Accurate Tonight with us Vegas99bet as an accurate and reliable football prediction website,...

Anwar said if you are a close friend of Arafat, why don’t you retract the pro-Israel statement

Bersatu Anwar Ibrahim again urged to clarify his position on Israel, saying that the PKK chief’s recent claim to be “Malaysia’s number one fighter...

Download Idle High School Tycoon Mod Apk Unlimited Money

Please download the game Idle High School Tycoon Apk Mod the latest version 2022 is here, because the mod version that we share has...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Advantages of business trip massage

xn--hz2b17kttdbub47a07t.com is practice of massage therapy is an alternative therapy that is quickly gaining popularity. In recent years, the...

Best Sports Toto

Totowiki is formed by a fixed refund rate method and a fixed dividend rate method. The method of fixed refund rate is called 'Toto',...

Uses of Digital Pressure Regulator

In a short time, these regulators have become very popular. They provide flexibility, robustness and have the capability to handle high pressure electronically. Before...

part-time job night part-time job

Chipmakers are beginning to target job cuts and other adjustments, including reducing factory hours to cope with the economic downturn, chief executive...

Recent Comments